eBook ini dihasilkan untuk membantu para pembaca terutama kepada siswa dan siswi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan bagi penulisan akademik. Kandungan buku ini adalah sambungan daripada eBook Penulisan Akademik Siri 1 yang terdiri daripada empat tajuk iaitu aplikasi kemahiran membuat rujukan; kejelasan dalam penulisan; struktur penulisan akademik; etika dan plagiat dalam penulisan. Semoga dengan kehadiran eBook ini dapat membantu para pelajar dan pensyarah untuk mendapat bahan rujukan yang sesuai dengan kursus ini.